Penulis mendapat pendidikan awal di Tadika Kemas ketika berumur 5 tahun. Seterusnya melangkah masuk ke alam pra persekolahan pada usia 6 tahun sebelum meneruskan pendidikan darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Sungai Baru sehinggalah penajian tamat peringkat sekolah rendah ketika berumur 12 tahun.
Seterusnya, penulis melanjutkan pendidikan di tingkatan 1, di mana sekolah yang menjadi pilihan penulis adalah sekolah jenis agama iaitu Sekolah Menengah Agama Darussaadah. Bermula dari sekolah itulah, minat dan cinta penulis terhadap subjek dalam bahasa Arab bertambah , di samping berkat usaha para ustaz dan ustazah mendidik para pelajarnya. Namun begitu ketika di tingkatan 3, penulis telah bertukar ke sekolah Maahad Mahmud atau nama glamournya lebih dikenali MAKTAB MAHMUD. Pendidikan yang diterima di sekolah baru tersebut bermula pada tahun 2002 dan berakhir pada tahun 2005. Penulis mengambil keputusan untuk menyambung pengajian di tingkatan 6 bagi mempelajari subjek bahasa Arab lagi dan mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
Alhamdulillah, melalui keputusan yang diperolehi dalam peperiksaan STAM, melayakkan penulis mendapat tawaran menyambung pengajian di Univesiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Program Pendidikan Islam). InshaAllah, selepas ini penulis bakal menjadi guru agama kepada para pelajar di peringkat sekolah menengah.
Pendidikan di Sek Kebangsaan Sungai Baru bermula tahun 1993 hingga 1999

0 comments:
Post a Comment